
Sulit
4 tahun
Kulit gatal kerana serangga
Slm dr, saya mengalami masalah gatal2 mula 2 hari lepas, dan kami dapati sejenis serangga yg dikenali sebagai flea (in scientific name :Siphonaptera)
Kesan gatal yg dihadapi pada awalnya berbekas seperti gigitan nyamuk, ttp kesan nyamuk boleh hilang. Kesan gigitan flea tidak boleh hilang rasa gatal tambahan lagi akan tinggalkan parut seperti warna gelap walaupun tidak digaru.
Nak tanya, kalau ke pharmacy ubat apa yg paling sesuai diambil dan apa langkah sepatutnya utk elak dari digigit dan apa yg perlu buat bila terkena gigitan flea.
terima kasih:)

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penyebab gatal pada kulit. Antaranya ialah:
- kulit kering
- alahan/alergik
- eczema
- hives
- sebab lain: Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.