Sulit
4 tahun
Kulit gelap bahagian paha
saya wanita dalam 20 thun, sejak kebelakangan ini kulit pada bahagian paha menjadi gelap, apakah jalan penyelesaian yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah peha anda ada beberapa penyebab ia boleh berubah warna menjadi gelap seperti:
- kulit peha melecet
- hormon yang tidak seimbang
- ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan
- geseran dari kain yang ketat
- kulit kering
- kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































