Sulit
3 tahun
Kulit kepala di rambut dan bahagian muka
saya lelaki dan saya ada masalah kulit, mcm kelemumur di kepala tapi bukan, kerana di bahagian muka saya pun ada. apakah ubat yg disyorkan untuk merawatnya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan rambut buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Gatal kepala, dan tompok putih boleh disebabkan oleh:
- infeksi fungus (kulat)
- infeksi kurap
- infeksi parasit
- penyakit kulit (i.e. seborrheic dermatitis, psoriasis, dll.)
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi rambut dan kepala anda!
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.