Sulit
3 tahun
Kulit mengeras di bahagian atas kuku dan kulit menjadi kekuningan
Saya wanita dalam 20an , dalam beberapa bulan yang lepas sehingga sekarang , sebahagian kulit di jari kaki kelingking saya berdekatan kuku kaki mengeras , mengelupas dan bertukar menjadi warna kuning ( seolah olah bernanah tapi saya tak pasti ) saya bukan pesakit kencing manis . Di kawasan tersebut , kalau terkena sesuatu daya akan terasa sakit , walhal tekan dengan perlahan pun tetap terasa pedihnya . Boleh saya tahu sama ada ini perkara biasa ataupun perlu diambil serius dan sama ada perlu melakukan rawatan di rumah atau perlu berjumpa doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kulit.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh memberi sebarang konklusi kerana saya perlu melihat dan melakukan pemeriksaan secara fizikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor di klinik bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Namun begitu, terdapat beberapa kemungkinan yang berlaku:
- Jangkitan kuman pada kuku
- Jangkitan kulat
- Masalah kulit
- Keradangan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.