
Sulit
4 tahun
Kulit menggelupas di belakang telinga
Saya wanita berumur 21 tahun. Pada mulanya kulit di belakang telinga menggelupas sedikit dan kering. Saya ada pakai satu krim pluvia dermatherapist di pharmacy lepas dptkan suggestion dri pihak pharmacy. Tapi saya dapati makin teruk. Kulit yg menggelupas makin bnyk di area telinga dan berair. Jika biarkan dia smakin mengeras dan buat saya tak selesa. Apa yg patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit menggelupas di belakang telinga. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kulit belakang telinga sangat kering
- Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai
- Alergi kemungkinan akibat penukaran sabun dan sebagainya
- Bekas luka yang mungkin ada juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas
- Terdedah kepada cahaya mata hari dengan terlalu lama
Terdapat beberapa sakit penyakit yang boleh mengundang kepada masalah ini. Contohnya:
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kuman/ kulit
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Terdapat beberapa langkah untuk mengawal kulit yang menggelupas, seperti:
- mandi air sejuk
- buat kompres sejuk
- sentiasa terhidrasi
- pastikan kulit dilindungi
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih