
Sulit
4 tahun
Kulit sekitar bibir pedih, gatal, kebas dan sakit
saya berumur 20an, sy ada masalah kulit di sekitar bibir, dulu sy selalu memakai lipmatte sebab saya menjualnya, tapi lama kelamaan, bibir sy jadi terlalu kering dan menggelupas, saya berjumpa doktor kulit dan dia beri saya 1 lipcream dan cream ubat. kulit bibir dan sekitar bibir makin baik pulih, tetapi start adanya pemakaian mask/sanitizer ia meninggalkan kesan seperti kesan terbakar/sopak di sekitar bibir(ini saya masih menggunakan ubat doktor beri) sekarang saya tk boleh makan seafood atau sembarangan makeup. atau environment yang tak sesuai, bibir dan sekitar bibir akan jadi rasa pedih, sakit, gatal dan jugak kebas. boleh bagi saya pendapat atau cara untuk mengubatinya tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit yang pedih, gatal, kebas, dan sakit di sekitar bibir. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat buat anda, punca sebenar masalah ini haruslah diketahui terlebih dahulu.
Buat masa sekarang, anda dinasihatkan untuk patuh kepada rawatan yang diberikan oleh doktor dan menjauhi pencetus yang memperburuk lagi gejala anda seperti makanan laut dan bahan solekan.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih