Sulit
3 tahun
Kulit yang gelap kerana disyaki pcos
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya merupakan seorang yang disyaki menghidap masalah pcos yang menyebabkan celahan seperti leher dan ketiak menjadi gelap. Mungkin tak ada cara untuk menjadikannya lebih cerah? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu celah kulit yang gelap. Bagi mengatasi masalah ini, penyebabnya haruslah dirawat terlebih dahulu. Jika anda menghidap masalah PCOS setelah pengesahan daripada doktor, maka rawatan selanjutnya berkenaan PCOS perlu anda jalani. Namun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa masalah ini boleh berpunca daripada penyebab lain, secara amnya, seperti:
- iritasi daripada bahan kimia
- iritasi daripada mencukur
- pengumpulan sel-sel kulit yang dah mati
- peningkatan melanin (hyperpigmentation)
- obesiti
- jangkitan bakteria
Untuk mengetahui punca dan rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda memerlukan penerangan dan nasihat lanjut? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!