
Sulit
4 tahun
Kumurangan sejak kehilangan ayah
6 bulan lepas ayah saya meninggal dunua. Z
Selepas dia pergi saya sering menyendiri dan tidak mahu bergaul dgn orang. Kadang kala saya rasa kosong. Bila sendiri saya menangis. Adakah saya mempunyai masalah depression ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu kemurungan sejak kehilangan ayah. Untuk makluman pihak anda, masalah depressi mempunyai pelbagai simptom seperti:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• Mempunyai pemikiran untuk mengambil nyawa sendiri atau pernah mencuba untuk mengambil nyawa sendiri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Namun demikian, masalah kesihatan lain atau masalah psikiatri lain boleh juga dikaitkan dengan simptom-simptom yang telah anda adukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar psikiatri supaya masalah ini dapat ditangani. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Selain itu, sekiranya anda rasa seperti anda memerlukan tempat mengadu, anda boleh hubungi Befrienders di nombor 03-7956 8145. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.