zarulinc

3 tahun

Kurang darah merah anemia

Ibu saya berumur 70 tahun…semenjak tahun 2016 ibu saya mengalami kurang darah merah atau anemia.bermula pertama kali terjadi…ibu saya rasa lemah badan dan sering keletihan…pada bulan march 2016 …ibu saya telah dimasukkan ke hospital…dan itu pertama kali ibu saya dimasukkan darah dalam 2beg jenis O…setelah dimasukkan darah tersebut,ibu saya mula ada peningkatan tahap kesihatan dan kembali sihat seperti sediakala…kemudian pada tahun 2017 ibu saya dimasukkan kembali ke hospital disebabkan masalah yg sama iaitu kurang darah merah…tapi kali ini ibu saya tidak lagi dimasukkan darah seperti tahun 2016 yg lalu…hanya diberikan ubat jantung dan kolestrol seperti ubat2 yg lalu…pada tahun 2018 bln feb ibu saya dimasukkan lg ke hospital dengan masalah yg sama dan juga diberikan ubat yg sama…kesihatan ibu saya tidak menentu dan sehingga tahun 2019 bln January ibu saya dimasukkan ke hospital dan dimasukkan darah dlm 1beg…setelah itu kesihatan ibu sy beransur pulih hinggalah bln may 2019 ibu saya sekali lagi dimasukkan ke hospital dan kali ini tidak dimasukkan darah hanya diberi makan ubat nisolone 12biji satu hari bermula 15 may 2019 hinggalah jun 30 setiap hari ibu saya perlu makan ubat yg 12 biji tadi…badan ibu saya terasa panas dan bibir serta lidahnya pecah2 dan sakit seperti ada luka luka kecil…juga dikerongkong…muka ibu saya juga seperti bengkak2…akibat dari itu saya merujuk kepada doktor dan doktor menyuruh ibu saya berhenti makan ubat itu…setelah berhenti makan ubat itu muka ibu saya kembali normal tapi kesihatan ibu saya kembali merosot…badannya sangat lemah…tidak dapat berdiri dengan sempurna…berjalan perlu dipimpin…soalan saya…apa semua ini?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah kesihatan ibu anda kerana kami tiada maklumat yang lengkap tentang latar belakang kesihatan ibu anda seperti rekod ujian darahnya, rekod masalah kesihatan yang pernah dihadapinya, penyakit semasanya serta rawatan-rawatan yang beliau pernah jalani sepanjang hayatnya.

Pihak kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tentang ubat atau rawatan yang diberikan oleh pihak hospital kepada ibu anda dan mengapa mereka berbuat sedemikian kerana kami tiada maklumat tentang keadaan beliau ketika itu.

Untuk makluman pihak anda, ubat nisolone adalah sejenis corticosteroid yang juga dikenali sebagai prednisolone. Steroid mempunyai pelbagai kesan sampingan seperti yang ibu anda hadapi dan ini mungkin membuatkan doktor menyarankan agar ubat tersebut diberhentikan.

Langkah yang paling baik pada ketika ini adalah mendapatkan penerangan daripada doktor yang merawat ibu anda kerana mereka lebih arif tentang rekod kesihatannya. Anda boleh mendapatkan nasihat tentang keadaan ibu anda dan mendapatkan penjelasan tentang masalah yang dihadapinya serta rawatan yang boleh dilakukan.

Anda juga boleh bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi memberikan maklumat lanjut dan mendapatkan nasihat tentang kesihatan ibu anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

blood-1968458_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)