Sulit
3 tahun
Kurang kencing dikalangan kanak kanak
Anak sy berusia 2 tahun 9 bln… sbelum ini…sy dapati lampin pkai buang sntiasa penuh apabila bangun dari tidur… tp sejak 3 lepas… lampin dia sentiasa kosong… boleh dikatakan dia hanya kencing 2 kali sehari iaitu wktu mandi shj… rutin makan dan minum dia tidak berubah… rutin buang najis besar kekal sama iaitu 1 kali sehari. Sy risau dgn perubahan ini…boleh doktor jelaskan…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anak anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi
- Kurang aliran darah ke buah pinggang
- Saluran kencing tersumbat
- Hemolytic uremic syndrome
- Glomerulonephritis
Anak anda tidak mempunyai masalah makan atau minum. Anda disarankan untuk memberi lebih minuman kepada anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini mungkin merupakan satu perkara yang serius.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.