
Sulit
5 tahun
Kurang selesa di tengkuk dan masalah pernafasan
saya berumur 28 tahun, sejak dari lahir lagi saya mempunyai lubang kecik sebesar jarum di bahagian bawah tengkuk. Lubang itu akan mengeluarkan cecair yg likat seperti hingus dan saya perlu memicit untuk keluarkan cecair itu terutamanya selepas makan. Jika tidak saya akan rasa tidak selesa ketika menelan air liur. Namun sejak 2 minggu yang lalu saya rasa tidak selesa di bahagian kanan tengkuk saya dimana lokasi lubang itu berada dan saya rasa tidak puas untuk menelan air liur dan ganguan dalam pernafasan saya di bahagian tengkuk sebelah kanan. Saya juga rasa tidak selesa seperti ada sesuatu di dalam bahagian tengkuk sebelah kanan. Tetapi tiada bengkak ataupun perubahan bentuk di bahagian itu. Saya telah membuat pemeriksaan di klinik panel dan doktor menasihatkan saya untuk pergi perjumpa dengan pakar ENT dan ketika pemeriksaan beliau mendapati degupan jantung saya sedikit cepat dan disebabkan itu saya rasa kurang selesa ketika bernafas. Saya telah pergi berjumpa dengan pakar ENT dan pemeriksaan telah dilalukan tetapi tiada apa yang boleh dilakukan kerana semua dalam keadaan baik. Bolehlah doctor memberi sedikit cadangan atau nasihat apa yang perlu lakukan untuk langkah seterusnya kerana saya masih rasa tidak selesa ketika bernafas dan cepat rasa penat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, lubang di kulit tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Furunkel yaitu keradangan folikel rambut
- Cyst
- Hidradenitis supurativa
- Abses cutaneous
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.