Sulit
3 tahun
Kurap di bahagian sensitif( Ringworm)
Hai Doktor, saya ingin bertanya saya sudah 4 bulan ada kurap di bhgian peha berdekatan alat sensitif saya, saya sudh menggunakan econazine, krim dan pil dari farmasi, rawatan tradisional spt kunyit dan cuka epal, tetapi masih sama dan masih ada, apa yang saya perlu buat untk menghilangkan kurap ini ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jangkitan kurap ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis selain daripada jangkitan Ringworm dan setiap jangkitan tersebut mempunyai rawatan yang berbeza. Selalunya, gejala kurap pada bahagian celah kangkang ini adalah dikenali sebagai Jock Itch iaitu jangkitan kulat yang khusus pada kawasan yang berlipat atau sering lembap.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Pada biasanya, jangkitan kurap ini memerlukan ubat anti-fungals yang boleh didapatkan dari doktor anda dan Econazine ini merupakan sejenis ubat yang mengurangkan keradangan pada kulit. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui jenis jangkitakn kulat yang anda hadapi bagi mendapatkan rawatan ubat yang sesuai untuk anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.