
Sulit
4 tahun
Kurap/Gatal-gatal dibahagian Punggung, Celah Peha dan bahagian kemaluan
Saya mengalami masalah kurap ini sejak tingkatan 2 dan sekarang saya berumur 24 tahun. Sudah banyak ubat termasuk ubat sapu atau makan, dari ubat moden hingga ke ubat tradisional namun tak sembuh jugak. Malah makin merebak. Tolong saya doktor, sangat tak keruan bila masalah ni timbul sejak anak dara sampai sudah beranak 2.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah kulit seperti yang dinyatakan di ruangan soalan, seperti:
- Psoriasis
- Dermatitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulit (bakteria, kulat atau virus)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami amat galakkan anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk diperiksa secara mendalam dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Rawatan hanya dapat diberikan selepas diperiksa dan diagnosis dicapai.
Jika anda mempunyai soalan dan masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan kaunseling di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.