Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lambat datang haid dan keputihan berwarna putih dan bercampur warna coklat

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 17, 2021 8:47 PM

Sulit 2 bulan

Saya wanita berusia 18 tahun…saya mengalami lambat datang haid selama 45 hari dan keputihan berwarna putih dan kadang kala ianya bercampur dengan warna coklat…apakah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku? Dan apakah yang harus saya lakukan selanjutnya kerana saya tidak tahu ingin berjumpa doktor d mana kerana ini adalah pertama kali saya mengalaminya…mohon penjelasan ya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, keputihan berwarna coklat adalah tanda pendarahan, serta anda bergejala pedih pada kemaluan, boleh disebab oleh beberapa perkara seperti polip, fibroid, masalah pada lapisan rahim atau faraj, sista ovari, ketidakseimbangan hormon, penyakit radang pelvis dan selainnya.

Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, saya menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda boleh buat temu janji di mana-mana klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk berjumpa doktor.

Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.

Dikemaskini pada: Wed Nov 17 2021 20:47:36 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang keputihan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19