izniamni96
6 tahun
Last minute ambik pil perancang
Saya baru melahirkan anak pertama dimana saya memilih utk mengambil pil perancang sbg solusi utk family planning.Nurse memberi noriday pills dan saya berhenti makan pil tersebut kerana mempunyai mslh dgn suami sy dan tdk ddk bersama selama 2 minggu. Semalam sy dh bersama suami sy semula dan disebabkn rasa takut, sy terus mengambil pil perancang tersebut .sy ingin tahu apakah sy mungkin hamil kerana sudah lebih 2 minggu sy tdk mengambil pil tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, pil noriday perlu dimakan secara berterusan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual. Apabila anda terlepas pengambilan pil ini dan dalam kes anda telah dua minggu, pil ini tidak lagi berkesan dan anda perlu mengambil langkah perlindungan tambahan seperti penggunaan kondom atau pil perancang kecemasan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Atau hubungi farmasi kami di link ini (DoctorOnCallEPharma). Terima kasih.



































