
Sulit
3 tahun
Late pregnancy detect
hai docter . saya ada masalah lambat kesan Mengandung , melalui upt, blood test atau scan . waktu mengandungkan anak pertama , selapas 3 bulan tak period baru positive mengandung . jadi Disebab kan Saya dah Lambat period seminggu . Last period 22/9 . itu pun sebelum 22/9 saya tak period bulan 8 . Jadi Soalan pertama saya kat sini , kalau anak pertama lambat nak tahu yg saya mengandung , adakah anak kedua pun sama ? . soalan kedua , betul ke selepas berhenti cucuk perancang akan menyebab kan susah nak lekat ? .
yang ketiga , waktu bilakah sesuai untuk melakukan upt kalau saya sejenis lambat kesan mengandung ? . Terima kasih untk jawapan doc . maaf banyak soapan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, UPT adalah diguna untuk mengesan hormon HCG dalam air kencing, di mana kepekatannya biasanya akan meningkat semasa mengandung. Namun, setiap kehamilan adalah berbeza, anak kedua anda mungkinnya tidak sesama dengan anak pertama anda yang lambat kesan. Mungkinnya kepekatan hormon HCG untuk anak pertama anda tidak mencukupi, menyebabkan lambat kesan mengandung.
Selepas berhenti cucuk perancang, kesan perancangannya akan berhenti dan hilang selepas sekurangnya 3 bulan, tidak akan menyebabkan kesan susah lekat. Susah lekat adalah kesan perancangan yang diperoleh dari hormon yang berada dalam cucuk perancang, ia akan ambil masa untuk berkurang dan hilang dalam jangka 3 bulan.
UPT biasanya boleh diguna selepas 2 minggu kitaran haid anda terlewat, untuk mengesan status kehamilan anda dengan ketepatan hasil sebanyak 98 peratus. Namun, untuk mengenal pastikan status anda, anda masih perlu berjumpa doktor di mana-mana klinik atau hospital kedekatan anda, melalui imbasan ultrasound.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).