nazmi.azran71
2 tahun
Lebihan daging dalam hidung
Saya lelaki 20 an, saya kerap mengalami hidung tersumbat, telinga rasa seakan akan pekak dan bergema, pening kepala, batuk dan bersin tanpa sebab… boleh dikatakan setiap hari saya alaminya… setelah berjumpa dgn doktor di klinik, dikatakan terdapat lebihan daging dalam hidung… bila saya korek hidung, terasa ada sesuatu yg licin… apakah masalah lebihan daging yang saya hadapi? Adakah ketumbuhan? Bagaimanakah cara merawat?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik. Hidung tersumbat tanpa hingus boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Komplikasi dari alahan yang kronik
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Saya berharap anda jangan panik dan cuba ceritakan maslaah ini kepada kawan atau ahli keluarga yang terdekat. Namun masalah masalah diatas tetap memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulang dan mengganggu rutin harian anda.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas
- Demam
- Batuk
- Pitam
- Gangguan bau
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.