Sulit
3 tahun
Lebihan daging di tepi dinding vagina
Sy tak pernah ada hubungan seks atau buat seks oral.tp sy dapati ada lebihan daging di tepi dinding kemaluan sy dari sy kecil iaitu pada belasan tahun . Mcm mana ye untuk hilang kan? Ada ubat sapu ke untuk hilangkan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sejujurnya untuk mengetahui kondisi sebenar kesihatan kelamin anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan berkala. Secara umumnya, gejala yang anda alami boleh berpunca dari:
- polip kelamin
- trauma lama/kronik
- gangguan kelenjar bartholini
- fibroma / lipoma / leiomyoma
- tumor atau neoplasma yang lain
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, dan agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.