
Sulit
5 tahun
Lebihan Protein Dalam Air Kencing
Apakan punca lebihan protein dalam air kencing dan apakan cara untuk mengatasi masalah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kelebihan protein dalam air kencing adalah suatu keadaan apabila buah pinggang menapis keluar banyak protein berbanding biasa. Hal ini dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, iaitu:
- Kencing manis (diabetes)
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit buah pinggang
- Kehamilan
Bagi merawat keadaan ini, perlu didiagnosis dah dicari tahu punca penyakit terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.