awalluddin.razali2
3 tahun
Leher bengkak, bila mula makan B Complex, Folic Acid, dan Iron tablet
Saya lelaki, 29 tahun. Saya mula makan pil B Complex, Folic acid, dan iron tablet, sebiji, sekali sehari, pada awal pagi, sejak 3 hari yang lalu.
Ini kerana saya mengidap anaemia sejak kecil, dan saya dimaklumkan yang 3 ubat ini, bersama vitamin C, boleh membantu anaemia.
Hari pertama makan, tiada kesan. Tetapi, bermula hari kedua, saya mula rasa lemah badan dan pening. Hari ketiga, leher saya mula membengkak dan sukar untuk menelan makanan. Malah, mulut saya juga mula pecah (ulser mulut).
Adakah ini kesan alahan? Perlukah saya berhenti terus dari makan supplement ini?
Perlukan saya neutralkan dengan charcoal?
Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen-suplemen yang anda sebutkan di atas mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.