
Sulit
4 tahun
Leher bengkak sakit menelan
Saya wanita umur 34 thn.leher depan sy bngkak dah sminggu lbih.sakit untuk menelan.sy buat ujian darah tp hasil ujian blom ada lagi.sy tak mngalami perubahan suara yg garau.adakah sy sakit tiroid yg biasa atau sakit yg mbhaya.sebab sy risau bila ianya kanser.tolong jwban doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Ini hanyalah pandangan kami secara am terhadap masalah yang anda hadapi.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan keadaan seperti yang anda nyatakan di ruangan soalan:
- Goiter multinodular toksik
- Nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan
- Penyakit Grave
- Lipoma
- Radang tonsil atau kelenjar air liur (jangkitan atau batu)
- Kanser tiroid
- Kanser esofagus
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca sebenar leher anda bengkak, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dengan melakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan. Kami sarankan agar anda jangan risau buat masa ini.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami yang bertauliah secara peribadi di atas talian. Terima kasih.