Anonymous
3 tahun
Leher kanan belakang bengkak
Saya wanita berumur 33 tahun. Berat badan saya 72 kg Dan tinggi 152 cm. Beberapa hari ini saya perasaan belakang leher kanan Ada sedikit bengkak Dan sekarang Ada rasa sakit
4 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca kepada permasalahan ini seperti:
erdapat banyak masalah kesihatan yang menjadi penyebab benjolan di leher sebelah kanan atau sebelah kiri. Tempat asal benjolan adalah penting untuk mengenalpasti penyebabnya dengan tepat. Penyebab benjolan di leher adalah berikut:
Radang tekak: penyakit “pharyngitis”faringitis bakteria menyebabkan radang tekak.
Kelenjar tiroid: kelenjar ini berbentuk kupu-kupu yang berada di hadapan leher dan tepat di depan tekak. Kelenjar ini boleh membengkak and mengakibatkan benjolan yang dikenali sebagai “goiter”.
Kelenjar air liur: bengkak di leher sebelah kiri atau kanan selalunya berasal dari kelenjar ludah atau parotitis. Kelenjar ini berada di leher tepat di bawah rahang, di sekitar pangkal rahang bawah dan di bawah lidah.
Radang tonsil
Alahan
Otot leher: kecederaan boleh menyebabkan bengkak otot-otot leher membengkak.
‘Cyst’: benjolan ini mengandungi cecair, udara atau nanah.
Kanser: bengkak di leher merupakan tanda pertama untuk kanser mulut, tekak, dan peti suara.