
Sulit
5 tahun
Lendir Putih Di Bahagian Bontot
Saya Lelaki berumur 21tahun … Sejak 2minggu lepas sy perasan bahawa seluar dalam saya akan basah dan melekat sejenis lendiran berwarna putih. Mula2 saya cuma ingatkan peluh sbb seharian bekerja … Tp bila dh lame sy berasa hairan sbb lendir putih tu spt banyak yg melekat … Selain tu juga sy selalu merasa gatal2 di bahagian bontot dan kadang2 merasa sakit ketika membuang air besar … Saya cuba mencari masalah yg dihidapi saya tp gagal … Lendiran yg keluar berbau busuk dan tidak menyenangkan saya ketika sy di tempat awam … Bolehkan doctor menjelaskan apakah masalah yg dialami oleh saya dan ape kan tindakan yg perlu diambil ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Abses di bahagian rektum iaitu dubur
- Usus tidak selesa (Irritable Bowel syndrome)
- Penyakit radang Usus (Inflammatory Bowel syndrome)
- Pilonidal sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.