Sulit
2 tahun
Lendiran coklat setelah melakukan suntikan untuk pecahkan telur
Hi doc, saya ingin bertanya, saya mempunyai masalah pcos. Beberapa minggu lepas saya telah mengambil clomid selama 5 hari. Kemudian , doc telah memberi suntikan untuk pecahkan telur. Boleh saya tahu berapa lamakah effect HCG akan berada di dalam badan. Kerana saya ingin membuat pregnancy test.
Setelah hari ke 16 setelah melakukan suntikan pecahkan telur, saya telah membuat upt dan keputusan menunjukkan positif hamil. Tetapi pada hari ke 17 setelah suntikan, saya mendapati terdapat lendiran coklat. Boleh doc tolong terangkan kenapa ia berlaku? Adakah saya benar-benar hamil atau sekdara chemical pregnancy…
Terima masih Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini merujuk kepada pendarahan spotting. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.