Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lenguh dan sakit yang berpanjangan pada tulang belakang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Disember 10, 2021 3:56 AM

Sulit 5 bulan

saya remaja berumur 18 tahun yang mengalami masalah ini pada 2 tahun yang lalu.Saya kerap merasa lenguh pada bahagian belakang badan dan tidak boleh duduk terlalu lama kerana sakit pada bahagian pinggul.Oleh sebab itu saya selalu merasa tidak selesa pada bahagian belakang apabila duduk lebih-lebih lagi duduk yang lama.Pada waktu saya berumur 13 tahun saya pernah terjatuh kerusi.Namun tidak membuat pemeriksaan kerana saya tidak merasa sakit selepas sehari daripada kejadian itu.Adakah masalah ini berkaitan dengan kejadian yang berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, sakit pinggul boleh disebabkan oeh beberapa perkara. Antaranya:

  • Patah leher femoral
  • Femoroacetabular impingement (FAI) - keadaan di mana tulang tambahan tumbuh menyebabkan bentuk tulang yang tidak teratur
  • Iliopsoas bursitis ( internal snapping hip ) paling sering terjadi apabila tendon iliopsoas terkena pada tulang tajam
  • Osteoarthritis
  • Osteonecrosis yang terjadi apabila bekalan darah ke kepala femoral terganggu, menyebabkan tulang di kepala femur mati

Kemungkinan masalah tulang pinggul anda adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

  • Keradangan pada sendi tulang pinggul yang disebabkan oleh kecederaan berikut
  • Terdapat masalah sendi tulang pinggul yang terkehel tetapi tidak dirawat dan menyebabkan ia menjadi fibrosed , dimana ligament yang terlibat telah menjadi keras dan memudaratkan pergerakan.
  • Penyakit tulang am seperti Osteoarthritis ataupun kekurangan kalsium dan sebagainya. Ia juga boleh dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon wanita ataupun penyakit reproduktif wanita.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Dec 10 2021 03:56:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Tulang tentang sakit belakang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80