Sulit
3 tahun
Lenguh kaki & pinggang
HI, SAYA MENGALAMI MASALAH KELENGUHAN KAKI KANAN.DARI PINGGANG HINGGA KE BAHAGIAN BAWAH KAKI KANAN SAYA. IA AMAT MENGANGGU KETIKA TIDUR JUGA AKAN MERASAKAN SAKIT. BILA SAYA DRIVE PUN MASIH SAKIT. BOLEH SAYA TAU, APE PENYAKIT INI.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Kami memahami akan kegusaran anda berkenaan dengan masalah sakit serta lenguh pada bahagian pinggang dan juga kaki di sebelah kanan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom tersebut. Antaranya:
- Radang Appendik
- Batu Karang
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf tunjang
- Trauma pada bahagian pinggang dan kaki
- Jangkitan pundi kencing
- Radang usus
Bagi wanita, masalah ini boleh berpunca daripada permasalahan yang berkaitan denga sakit puan seperti:
- Kista ovari
- Kandungan ektopik
- Jangkitan rahim, saluran kencing
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom berikut:
- Demam
- Muntah
- Kebas pada kaki
- Sakit yang berpanjangan melebihi 2 minggu
Untuk meengetahui lebih lanjut berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, sila bercakap dengan (DoctorOnCall) untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.