Sulit
2 tahun
Lenguh, nyeri, kebas badan dan sakit kepala selepas lengkap vaksin
Saya wanita 25 tahun. Adakah berbahaya sekiranya stelah selesai dos kedua seluruh bdan saya pada belah kiri merasa nyeri, lenguh, dan kebas. Ianya tdk begitu kuat tp berterusan dan sedikit sebanyak mengganggu kesihatan saya. Kepala juga sering sakit pada bhgian kiri dan kanan. Untuk mkluman kini 12 hr telah berlalu dr tarikh dos kedua pfizer
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan akibat vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, Jika anda mengalami selain daripada gejala di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini