
Anonymous
6 tahun
Lepas cabut gigi masih berdarah dan bengkak
Saya baru cabut gigi pagi tadi. Tapi sampai skrg darah tak berhenti. Bahagian yg cabut gigi semakin bengkak. Apa saya perlu buat?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
Gangguan kepada darah beku: Ini biasanya berlaku apabila darah beku dalam soket cabutan tidak stabil.
Tisu hiperimik: Ini bermaksud tisu yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan
Mengambil makanan atau minuman panas
Kes cabutan yang sukar atau lama
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.