
Sulit
4 tahun
Levonorgestrel berkesan ke klu wife masih tidak period lepas 3 buln berpantang
Salam dr.sya ingin bertanya.berkaitan pil Levonorgestrel /morning after pill…adakah ia berkesan digunakan oleh wife untuk elakkan persenyawaan,jika dia msih belum lagi dtg period wlaupun selepas 3 buln melahirkan ank cahaya mata baru2 ini…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pil perancang Levonorgestrel.
Kekal selamat ketika berhubungan mesra !
Untuk makluman anda, pil Levonogestrel adalah pil kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Selepas melahirkan, biasanya haid wanita akan kembali sekita 6 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada kaedah penyusuan samada berganti dengan susu botol atau hanya susu dada. Namun, haid juga boleh jadi lambat disebabkan anda sedang menyusu dada. Pada waktu ini walaupun haid anda tidak ada, boleh jadi sebenarnya anda telah subur dan ada peluang untuk hamil.
Pengambilan pil perancang biasnya bermula selepas 3 minggu melahirkan anak.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.