
Sulit
5 tahun
Lidah rasa nyeri dan terbakar dan muncul tompokkan merah
Salam Sejahtera, lidah saya pada minggu pertama terasa nyeri dan mencucuk di bahagia bawah, atas dan tepi lidah. kadang-kadang terasa terbakar. minggu kedua, rasa nyeri macam nak hilang dan muncul mula tompok agak kemerahan di hujung lidah, pada awalnya ia hilang tapi muncul semula tapi di bahagian lain. saya juga rasa rasa tidak selesa di dalam teling adan rasa seperti ada benjolan dibawah dagu kiri dan kanan.
kelmarin saya sudah pergi ke klinik, doc cuma bagi panadol, ubat ulcer lidah dan ubat kumur(thymol). tapi saya rasa macam tak puas hati. adakah saya perlu berjumpa dentist?.
dan apakah penyakit saya ini? terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.
Untuk makluman anda, sensasi seperti yang disifatkan terbakar dan nyeri pada lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Sebaiknya anda memulakan pengubatan terlebih dahulu dan lihat perkembangan kondisi anda setelah beberapa hari pengubatan. Seandainya gejala masih belum membaik, adalah digalakkan untuk anda mengunjungi doktor pakar penyakit dalam atau doktor neurologi untuk dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.