
Sulit
5 tahun
Likely failing pregnancy
saya wanita 26tahun ,saya hamil 6minggu. upt positive tapi dr scan rahim tak da pa2. scan tvs pun tak nampak apa2… saya ada bleeding slama 3hari. tp tak pnuh 1pad. ada klua ketulan. tapi tak besar. beta hcg 0hour 146 ,after 48hour 33.63… ada kah saya sudah keguguran? harap dr boleh balas soalan saya terimakasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut mengenai kesihatan kandungan anda tanpa melihat keputusan laporan imbasan ultrasound dan keputusan laporan darah anda.
Untuk makluman pihak puan, pada usia 6 minggu kandungan, kantung boleh dilihat.
Kami menyarankan anda mendapatkan rawatan lanjut lebih-lebih lagi jika anda berasa sakit pada bahagian rahim dan demam .
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.