shalialia.sl
6 tahun
Loratadine untuk G6PD
hi doktor. saya kerap mengalami selesema dan berhingus. mungkin juga disebabkan oleh resdung. kawan saya ada mengesyorkan loratadine untuk saya. adakah selamat jika saya sedang menyusukan anak saya yang ada G6PD? dan adakah ubat ini menyebabkan mengantuk? terima kasih doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman pihak anda, ubat Loratidine biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Alahan
- Gegata (urticaria)
- Selsema
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu ini. Hal ini kerana, setiap ubat memiliki bahan pengawet serta bahan sampingan lain yang mungkin tidak boleh diambil oleh pesakit G6PD walaupun sedikit yang akan keluar melalui air susu.
Selain itu, ubat Loratidine tidak memberikan kesan mengantuk berbanding dengan ubatan alahan lain seperti Cetrizine. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih





































