Sulit
2 tahun
Low Thyroid problem
Bolehkah saya makan jamu perapat manjakani…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami tidak dapat memberikan apa-apa keputusan mengenai kehendak anda kerana kami tidak mengetahui kandungan yang digunakan di dalam jamu tersebut dan bagaimanakah ia dapat membantu dalam mengangani masalah tiroid. Selain itu, masalah hipotiroid atau tiroid rendah boleh diatasi dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor dan juga makan makanan yang boleh meningkatkan tahap hormon tiroid di dalam badan seperti:
- Ikan
- Kacang soya
- Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis dan bayam
- Memasak menggunakan garam beriodin
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.