
anaredme84
3 tahun
Lower Back Pain ( sakit belakang)
Saya berusia 16 tahun , pada tahun lepas saya telah jatuh pada kerusi , pada ketika itu saya cuma rasa nyilu dibahagian punggung , apabila meningkat umur , saya mengalami rasa yang sakit di bahagian belakang , saya juga selalu angkat barang yang berat dan duduk terlalu lama , saya perasan dibelakang saya terdapat satu urat timbul , apakah saya mengalami sakit belakang ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami sakit belakang pada bahagian punggung terutamanya ketika anda mengangkat barang berat atau duduk terlalu lama. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit belakang adalah sesuatu perkara yang sering dialami oleh orang ramai. Ia boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Postur badan yang tidak betul
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Prolapsed intervertebral disc
- Scoliosis atau kyphosis tulang
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
Sakit belakang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk semasa mengangkat barang berat, membongkok atau semasa berjalan atau berdiri. Untuk mendapatkan rawatan bagi sakit belakang anda, doktor perlu menyiasat puncanya terlebih dahulu.
Anda boleh merujuk kepada doktor pakar tulang kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai masalah ini dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar tulang.