
Sulit
4 tahun
Lubang kemaluan yang aneh
Hai saya lelaki berusia 28 tahun, kemaluan saya mempunyai lubang yg agak berbeza seperti terdapat 2 lubang dimana hanya 1 lubang sahaja berfungsi iaitu lubang yg dibawah lubang yg kebiasaan lelaki normal, kebiasaan saya lihat kemaluan lelaki normal hanya ada 1 lubang dan ada di tengah2 hujung kepala penis, tapi kemaluan saya seperti ada 2 lubang dan yg mengeluarkan urin dan sperma adalah lubang yg bawah, kemaluan saya apabila ereksi masih lurus, dan pancutan air mani masih normal dan terpancut, kencing saya pun normal,
jadi apakah perlu saya lakukan? adakah ia berpengaruh pd kemampuan saya untuk memancutkan air mani ke dalam faraj bakal isteri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu dua saluran kencing pada kepala zakar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypospadias ( Pembukaan saluran kencing pada permukaan bawah )
- Epispadias ( Pembukaan saluran kencing pada permukaan atas )
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sewajarnya mengenai masalah ini.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih