
Anonymous
5 tahun
Lubang telinga bengkak
Saya ana,
Berumur 25tahun, saya mengalami sakit telinga masa akhir ramadan
Mula saya fikirkan itu adalah jerawat…
Sebb berlaku di bulatan lubang telinga
Tiba2 malam 1st raya tu terasa sakit nyeri dan berdenyut bawa sampai keliling telinga sampai nak makan pun terganggu bila buka mulut rahang sebelah kanan tu tak dapat nak buka habis sebab sakit.
Saya ambil paracetamol untuk legakan kesakitan mmg berkesan tapi saya terlalu kerap ambil ubat tersebut bila sakit tu muncul balik
Sekarang telinga saya bahagian keliling bulatan lubang telinga dah bengkak macam jerawat sedang membesar
Tapi dalam masa yang sama saluran pendengaran saya makin kurang dan berasa nyeri dan berdenyut di tengah2 lubang telinga sehingga saya terjaga dari tidur terus makan ubat untuk menahan sakit…
Dr. Boleh bantu apa masalah saya
Sama ada Bisul ditelinga atau jerawat
Sebb saya tak pernah kena bisul dan xpernah kena jerawat di telinga seperti sekarang ni. Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat banyak sebab sakit telinga seperti:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
- Masalah struktur sekitar telinga (Jangkitan pada tekak/tulang mastoid, tonsil bengkak)
Anda disarankan untuk berjumpa dan dapatkan konsultasi doktor jika keadaan anda berterusan dan menjejaskan aktiviti harian.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.