
Sulit
6 tahun
Luka pada kemaluan (zakar)
Saya berumur 20 tahun. Baru-baru ini saya mendapati ada luka pada bahagian hujung bawah kemaluan saya. Ianya seakan akan luka yang dihiris dengan pisau kecil. Saya menyedari hal ini apabila saya merasakan ianya sakit ketika saya mandi . Kemudian saya melihat ianya mcm koyak seolah olah dihiris dengann pisau. Tuan rasa apakah mungkin penyebab tersebut. ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan tuan, gejala luka pada kemaluan tuan boleh disebabkan:
- Kecederaan akibat zip ata geseran pada seluar dalam
- Dematitis alahan - pada seluar dalam
- Jangkitan kelamin seperti sifilis atau herpes genital
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.