
Sulit
3 tahun
Luka Pembedahan Seperti Berair
Hello Doc. Sy seorang wanita da pernah menjalani pembedahan breast lump pada 3 bulan yg lalu. Utk pengetahuan, luka tersebut sebelum ini telah luka (berdarah) & beransur baik selepas meletak minyak gamat & krim antibiotik. Tetapi Sejak 2 3 hari ini, saya perasan luka pembedahan tersebut seperti timbul. Apakah blh mendatangkan bahaya sekiranya luka yg kelihatan timbul seperti mempunyai air didalamnya digaru sehingga berdarah ?
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah pada luka pembedahan anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, selepas pembedahan cecair yang dihasilkan boleh bermakna luka sedang pulih. Cecair yang keluar boleh mempunyai yang jernih ataupun kekuningan.
Namun, gejala yang alami juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:
- Seroma
- Abses
- Jangkitan pada luka pembedahan
Anda dinasihatkan untuk tidak menggaru pada bahagian luka anda kerana boleh menyebabkan komplikasi.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor