hairi_fly160
4 tahun
Lumba lari seakan sakit bahagian semput tersebut
Saya lelaki berumur 26 tahun.Saya nak tahu bahagian organ yang orang lumba lari atau jogging seakan terasa semput di bahagian pinggang tu nama apa ya doktor?
Saya sakit bahagian tu…celah buah pinggang…mcm orang kalau berlari lama2 akan rasa kecut di sisi pinggang tu organ nama apa ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sekiranya yang anda maksudkan adalah cramp perut ataupun side stitch, ia berkemungkinan besar adalah terkait dengan keseimbangan air dan elektrolit tubuh sebelum berlari.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.