
Sulit
4 tahun
Lutut berbunyi bila bengkok & ibu jari kaki sakit bila bengkok
Saya lelaki dlm usia 39 thn mempunyai masalah lutut sblh kanan berbunyi bila bengkok. Lutut ini juga berbunyi bila bangun masa solat. Jika selalu lakukan aktiviti larian juga terasa sakit. Pergelangan ibu jari kaki sy juga sakit jika dibengkokkn

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.