
Sulit
4 tahun
Macam mana nak hilangkan jerawat lepas pakai produk yang ada merkuri pada jangka masa yang lama? tanpa perlu berjumpa dengan doktor
saya perempuan berumur 18 tahun. dulu saya pakai produk yang ada merkuri sebab taktahu langsung tentang pendidikan merkuri dan hanya mengikut apa yang mak saya gunakan. pernah breakout dan sekarang pun ada jerawat yang banyak di bahagian pipi dan dagu. apa patut saya buat? saya tidak mempunyai duit yang banyak untuk membeli skincare mahal dan berjumpa pakar kulit . saya takde konfiden nak jumpa orang sebab muka saya kemerahan dan sakit:slightly_smiling_face:

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda alami. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda boleh merujuk secara langsung kepada doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih