Nazir

5 tahun

Macam mana nak tahu saya cukup tidur?

Salam Dr, macam mana saya nak tahu saya dapat tidur yang cukup? Saya 29 thn lelaki yg bekerja di offshore.

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Tidur yang cukup untuk orang dewasa biasanya adalah antara 7 hingga 9 jam. Tidur yang tidak mencukupi akan mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti tekanan emosi, risiko yang lebih tinggi untuk jatuh dan kemalangan serta kemerosotan prestasi kerja dan aktiviti harian. Orang yang tidak dapat tidur dengan baik biasanya dikatakan mengalami insomnia.

Untuk orang yang bekerja di offshore seperti anda, anda digalakkan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya, terutamanya jika kerja anda melibatkan menggunakan mesin-mesin berat atau jika anda bekerja di tempat yang tinggi. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan kemalangan di tempat kerja anda kerana tumpuan dan tenaga anda akan berkurangan.

Tidur yang cukup juga membolehkan anda bekerja pada tahap yang optimum dan seterusnya dapat memberi sumbangan lebih kepada pekerjaan anda. Tabiat tidur yang baik adalah penting untuk memastikan bahawa anda mendapatkan tidur yang baik. Tabiat tidur yang baik termasuk:

• Tidak menggunakan telefon dan komputer serta menonton televisyen satu jam sebelum tidur
• Tidak mengambil makan malam yang berat
• Bangun dan tidur pada waktu yang tetap
• Kurangkan tidur pada waktu siang
• Bersenam pada waktu siang dan bukan sebelum tidur
• Memakai pakaian serta menggunakan katil yang sesuai untuk tidur
• Gunakan bilik tidur untuk tidur dan hubungan kelamin sahaja dan bukan untuk aktiviti lain

Salam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Secara amnya, tiada waktu yang definitif yang boleh diguna sebagai kayu pengukur terhadap jumlah tidur yang cukup yang diperlukan oleh seseorang individu. Walaubagaimanapun, ramai berpendapat bahawa tidur di antara 7 hingga 9 jam sehari adalah tempoh yang paling optimum untuk tubuh badan manusia.

Melihat kepada pekerjaan saudara, saya pasti bahawa kekangan dan permintaan yang perlu saudara tunaikan ketika berada di pelantar minyak sedikit sebanyak mengganggu waktu tidur yang normal. Bagi mengatasi masalah ini, adalah dinasihatkan untuk saudara mengamalkan pemakanan yang boleh membantu tidur saudara.

Selain itu juga, saudara boleh mengelakkan dari merokok, minum minuman beralkohol dan berkafein pada sebelah petang sehingga ke waktu tidur. Pastikan juga persekitaran tidur saudara bebas bunyi, gelap, tenang dan tidak mendatangkan saudara sebarang tekanan. Saudara juga boleh meengambil susu panas sebelum waktu tidur.

Sekiranya langkah-langkah yang telah disebutkan di atas tidak berkesan, saudara perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapat nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)