
Anonymous
2 tahun
Makan berocca gatal2
Hi. Saya selalu makan vitamin c effervescent. Selama ini tiada masalah. Tetapi sejak bertukar kepada berocca saya mengalami gatal2 yg teruk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berocca adalah tablet berperisa yang mengandungi formulasi Vitamin B kompleks , Asid Folic, Vitamin C, Magnesium dan Zink. Berdasarkan keterangan yang diberikan anda, anda mungkin mengalami kesan sampingan dari pengambilan supplemen
Saya menyarankan anda untuk berhenti untuk mengambil supplemen ini buat sementara waktu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.