Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makan Jamu sebelum Menderma Darah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 11:02 AM

Sulit 45 hari

Saya ingin menderma darah tetapi saya comsume jamu jenis capsule. Adakah saya beh menderma ?

Dr Sashini Seeni 45 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah menderma darah dibolehkan sekiranya anda mengambil jamu. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.

Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas menderma darah. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Manakala untuk pengambilan suplemen ataupun makanan tambahan seperti jamu perlulah mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu . Suplemen ataupun jamu hanya dibenarkan bergantung kepada kondisi kesihatan anda dan berdasarkan kepada keperluan sahaja. Anda perlu memaklumkan perkara ini kepada doktor yang bertugas semasa proses pendaftaran menderma darah.

Sehingga kini masih belum terdapat sebarang kajian saintifik mengenai manfaat jamu bagi tujuan menderma darah. Kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum anda menderma darah. Dibimbangi kandungan jamu akan mengganggu proses menderma darah atau menyebabkan kesan lain.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 11:02:02 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Hematologi tentang derma darah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19