maisarahmarzuki07
4 tahun
Makan lozenge semasa mengandung
Hi Doktor, sy mengandung 3 bulan. Sy mengalami batuk, instead of memakan ubat batuk, sy makan lozenge. Adakah selamat untuk ibu mengandung memakan lozenge sebagai ikhtiar untuk sembuh dr batuk?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, pengambilan ‘lozenges’ tidak menjejaskan kandungan, akan tetapi jika masalah batuk puan masih berlanjutan, puan dinasihatkan mendapatkan konsultasi kesihatan bagi merawat punca masalah tersebut.
Masalah batuk boleh disebabkan oleh pelbagai punca, antaranya:
- Jangkitan kuman pada tekak
- Jangkitan kuman pada salur pernafasan
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.