
sweetheart78.sh
5 tahun
Makan pil perancang kehamilan apabila bersama sahaja
saya wanita berumur 41 tahun…saya menggunakan pil sebagai perancang kehamilan…adakah saya masih akan mengandung sekiranya saya hanya mengambil pil ketika utk bersama dan berhenti makan jika tidak bersama suami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jawapannya ialah YA. Jika anda ingin merancang kehamilan, anda harus mengambil ubat tersebut setiap hari hingga ia habis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.