Sulit
3 tahun
Makanan tambahan kesihatan
doktor, sy sekarang tengah breastfeeding…adakah merbahaya jika saya mengambil ubat alpha lipoic acid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, makanan tambahan tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan makanan tambahan ini kepada ibu dan bayi ketika dalam proses penyusuan.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil makanan tambahan tersebut, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.