Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makanan tambahan untuk mempercepatkan proses penyembuhan bagi pemotongan tapak kaki

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 2, 2020 3:29 AM

Sulit 3 bulan

Apakah makanan tambahan atau suppplement yang sesuai untuk ibu saya yang telah menjalani pemotongan tapak kaki akibat kencing manis bagi mempercepatkan penyembuhan luka tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman pihak anda, saya tidak dapat mencadangkan makanan atau ubat tambahan selain dari yang diberikan oleh pihak hospital.

Namun begitu, saya amat menyarankan untuk ibu anda mengamalkan

  • Makanan yang seimbang bagi mengawal tahap gula beliau. Tahap gula yang tidak terkawal akan melambatkan proses penyembuhan dan malah boleh meybabkan masalah semakin parah.

  • Pastikan kawasan luka sentiasa kering

Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, pastikan

  • Kaki sentiasa diperiksa. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki dan celah-celah jari. Sebarang luka walaupun kecil harus diambil berat dan dirawat dengan segera.

*Guna kasut yang betutup dan sesuai

  • Pastikan kaki lembap (bukannya basah) dengan menggunakan moisturizer
  • Kawal tahap gula dalam darah

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 02 2020 03:29:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Adakah bacaan gula dalam darah di bawah paras normal? Saya ingin bertanya , bacaan gula dalam darah sy 5.3 ketika puasa melebihi 8jam… Adakah ia dalam paras gula yg normal ?? Sy sahur 5.15pg dan buat test darah pd pkl 6.40ptg… Mohon pencerahan dari… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Kencing tidak lawas Dan tidak selesa Hi Dr . Saya seorabg lelaki, berusia 24 tahun, saya mengalami kencing tidak lawas sejak 3 minggu Kali. Simptom lain Yang saya Alamo adalah seperti kaki kebas dibahagian tapak kaki, Rasa tidak se… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Baccan gula dalam darah Doc, Saya wanita 30an, ingin mendapatkan kepastian berkenaan waktu yg tepat utk mengambil bacaan gula dlm darah. Sy berbuka puasa pada jam 730mlm-8mlm ( suapan terahkir jam 8mlm) Bilakah wakt… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Saraf kaki sakit pesakit kencing manis Saya pesakit kencing manis. Kaki saya sakit menyucuk nyucuk sehingga menganggunpergerakan dan tidur saya. Saya sudah amalakn ubat vitamin neurogen e b 12 sebagai supplement… Pengambilan 1 kali … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Bacaan Gula Masih Sama walaupun telah lama makan ubat metformin Umur saya 43 thn…punyai diabetik semenjak 2017 selepas buat ‘full checkup’ dgn bacaan gula 9…doktor menasihati supaya bersenam dahulu sebelum ambil ubat…saya mula makan metformin pada bulan Jul… Baca lagi...
53 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi