fuad

5 tahun

Malu kerana nafas saya berbau

Doktor, saya sangat malu kerana nafas saya berbau. Saya ada sinusitis yang teruk. Bagaimana nak atasi masalah ni?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan pada jaringan sinus iaitu rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah.

Sinus memiliki lapisan membran mukosa yang menghasilkan lendir yang berfungsi untuk menjaga saluran hidung agar tetap lembab. Seperti anda telah menyatakan, anda mengalami sinusitis yang teruk.

Saya akan memberikan beberapa cara untuk mengubati sinusitis anda dan mengurangkan bau mulut anda.

  • Pertama, anda boleh menghirup wap air panas untuk melegakan sinusitis anda.

  • Kedua, anda boleh membersihkan saluran hidung dengan air garam. Ini akan melegakan saluran pernafasan anda dan juga mengurangkan bau mulut anda.

  • Ketiga, anda boleh mengompres bahagian hidung dan sekitar hidung anda dengan air panas. Letakkan tuala panas atas hidung anda dan ini dapat meringankan gejala sinusitis.

Selain rawatan tersebut, anda boleh mengambil ubat dekongestan untuk mengurangkan pembengkakan, membantu mengurangkan sumbatan pada sinus dan mengurangkan bau mulut anda.

Salam sejahtera! Terima kasih atas pertanyaan anda.

Nafas berbau adalah salah satu simptom sinusitis atau jangkitan sinus. Namun begitu, anda perlu mengenalpasti jika nafas anda berbau kerana ia mungkin sesuatu yang anda seorang sahaja alami disebabkan oleh persepsi anda sahaja.

Biasanya pembersihan sinus adalah memadai untuk menghilangkan nafas berbau. Nafas yan berbau juga dipanggil halitosis. Cara lain ialah dengan:
• Berkumur dengan air bergaram. Ia membantu menipiskan lendir dan memudahkan badan membuangnya. Caranya ialah dengan meletakkan setengah sudu kecil ke dalam satu cawan air suam. Kacau hingga sekata.
• Irigasi hidung. Ini mengelakkan jangkitan kuman merebak.
• Menjaga kebersihan oral dengan membersihkan gigi dan gusi. Hal ini adalah kerana bakteria boleh berkumpul pada gigi, gusi dan juga lidah.
• Memberishkan lidah.

Rawatan paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merawat sinusitis tersebut. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar ENT atau telinga, hidung dan tekak untuk mendapatkan rawatan sinusitis.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)