shimaakmaasukri
5 tahun
Masa sesuai untuk pregnant lagi
Saya pernah mengalami keguguran masa kandungan 8w tanpa buat d&c then selepas first period, saya dapat rezeki pregnant lagi, tapi saya terpaksa TOP masa 23w induce + normal tanpa jahitan. Bila masa yg sesuai utk kami rancang pregnant lagi? HAri ni 36 hari pantang selepas TOP. Belum dikurniakan anak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, TOP akan memulakan semula kitaran haid anda. Ovulasi, yaitu apabila telur dibebaskan dari ovari, biasanya berlaku sekitar 14 hari dari kitaran haid 28 hari. Ini bermakna anda mungkin akan ovulasi hanya beberapa minggu selepas TOP. Dalam erti kata lain, secara fizikal mungkin untuk hamil lagi jika anda mempunyai seks tanpa perlindungan hanya beberapa minggu selepas prosedur, walaupun anda belum datang haid lagi.
Walau bagaimanapun, tidak setiap orang mempunyai kitaran 28 hari, jadi masa yang tepat boleh berubah-ubah. Sesetengah wanita mempunyai kitaran haid secara semulajadi yang lebih pendek, manakala setengah lagi panjang. Berapa banyak masa yang berlalu sebelum anda berovulasi juga bergantung kepada sejauh mana kehamilan anda sebelum TOP. Hal ini kerana hormon kehamilan boleh beredar dalam badan anda selama beberapa minggu selepas prosedur. Ini akan melambatkan ovulasi dan menstruasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































